Pendaftaran Sesi Julai-Disember 2017

Pelajar Baru (SEM1)
03 Julai 2017/Isnin

Pelajar Kanan (SEM2-5)
09 Julai 2017/Ahad
Pendaftaran Asrama

10 Julai 2017/Isnin
Pendaftaran Pengajian

Diploma in Plant Engineering Technology (Piping)

Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)

Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)

Info Grafik






Ringkasan Kursus

Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan) direkabentuk untuk melahirkan para graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan industri minyak dan gas khususnya di dalam kejuruteraan perpaipan. Di dalam program ini, para graduan mempelajari kemahiran rekabentuk perpaipan berdasarkan kod dan standard, prinsip dan prosidur susunatur loji serta pengenalan kpeada analisa tegasan paip. Para graduan juga, didedahkan dengan perisian rekabentuk loji seperti AVEVA Plant Design Management System(PDMS), Intergraph Smart Plant 3D (SP3D), Autodesk AutoCAD Plant 3D dan Bently AutoPIPE. Selain itu, para graduan didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab sebagai perekabentuk perpaipan melalui pelaksanaan projek tahun akhir.

Silibus

 

SEMESTER 1 DPV1033 - Engineering Drawing
DPV1043 - Workshop Technology
DPV1052 - Engineering Material
DPV1012 - Chemistry
DPV1023 - Electrical and Electronics Fundamental
HUM1012 - Engineering Mathematics 1
HUE1012 - English for Communications  1
HUS1012 - Perspektif Islam
HUN1012 - Teori Etika dan Amalan Sosial
HUY1011 - Co-Curriculum 1
       
SEMESTER 2 DPV2103 - Statics and Strength of Materials
DPV2132 - Computer Aided Drafting
DPV2023 - Fundamental of Plant Layout
DPV2052 - Occupational Safety and Health
HUM2122 - Engineering Mathematics 2
HUE2122 - English for Communications 2
HUS2013 - Pengajian Malaysia
HUY2121 - Co-Curriculum 2
       
SEMESTER 3 DPP3043 - Engineering Measurement Method
DPV3022 - Fluid Mechanics
DPV3053 - Petroleum Exploration and Production
DPV3032 - Plant 3D Modelling
DPP3014 - Piping Design
DPP3063 - Piping Material
HUM3132 - Engineering Mathematics 3
HUS3032 - Islam Kontemporari
HUN3032 - Masalah dan Isu Moral
       
SEMESTER 4 DPV4012 - Pneumatics and Hydraulics
DPV4022 - Thermodynamics
DPV4033 - Plant Operation and Maintenance
DPP4024 - Installation of Piping System
DPV4042 - Project Management
HUB4012 - Start Up Enterprise
       
SEMESTER 5 DPP5014 - Final Year Project
DPP5033 - Introduction to Pipe Analysis
DPP5023 - Plant Layout Optimization
HUB5122 - Digital Enterprise
       
SEMESTER 6 HLI60110 - Industrial Training 

 

Prospek Kerjaya

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di dalam program ini akan bekerja sebagai perekabentuk  dan penolong jurutera di dalam pelbagai organisasi misalnya syarikat yang terlibat dengan aktiviti kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC), syarikat minyak dan gas serta syarikat pembuatan peralatan(equipment fabricator). Pelajar juga boleh memilih untuk menjadi teknousahawan dengan membuka syarikat sendiri selain bekerja di industri.

* Penolong Jurutera
* Juruteknik
* Penyelia
* Perekabentuk Junior
* Lain-lain

Kelayakan

 Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

1) Matematik 

2) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN

3) Satu subjek lain

 Lulus Bahasa  Inggeris

ATAU

1.  Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA ≥ 2.50 

ATAU

2.  Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA < 2.50 dan 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

ATAU

3. Lulus STPM dengan  mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM  mata pelajaran berikut:

1)  Matematik

2)  Bahasa  Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

ATAU

4. Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf  atau setara

DAN

1) Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran serta lulus Matematik

ATAU

5. Lulus STAM pangkat maqbul; serta lulus di peringkat SPM subjek berikut:

1) Matematik

2) Bahasa Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

Tempoh Pengajian

36 Bulan (sepenuh masa)

JSN Epic Template designed by JoomlaShine.com