Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan pelajar baru semua pusat KKTM dan IKM (kecuali MJII dan KKTM Kuantan) sesi Januari 2019 kini dibuka. Klik disini untuk memohon.

PIAGAM PELANGGAN
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KEMAMAN


  1. Memastikan setiap pelajar / pengguna mendapat layanan, kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan.

  2. Memastikan semua kemudahan dan persekitaran Kolej adalah selamat, bersih, kemas dan ceria.

  3. Memastikan aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam atau di luar bilik kuliah dan bengkel  dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

  4. Memastikan pengurusan asrama dan perkhidmatannya adalah cekap dan memuaskan.

  5. Memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar adalah sentiasa di bawah pengawasan penyelia asrama, warden dan sebagainya.

  6. Memastikan kegiatan kokurikulum dan sukan pelajar adalah terancang dan terlaksana dengan teratur.

  7. Memastikan semua polisi, prosedur dan proses yang telah ditetapkan adalah dipatuhi oleh  semua pihak yang berkenaan.

  8. Memastikan pengurusan disiplin dan prestasi pelajar, guru dan staf adalah terancang dan dilaksanakan dengan teratur dan memuaskan.

  9. Memastikan program pembangunan pelajar, guru dan staf serta penyuburan budaya kualiti adalah terancang dan terlaksana dengan teratur dan memuaskan.

  10. Memastikan iklim organisasi adalah sihat, ceria serta kondusif dan mampu merangsang kerjasama, kecemerlangan dan kemanusiaan.

  11. Memberi peluang yang luas dalam usaha mengembangkan potensi diri pelajar dan seterusnya menjadi modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

  12. Memastikan penyediaan dan penggunaan prasarana dan sumber organisasi secara cekap dan berkesan.

  13. Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai agensi dan jabatan serta komuniti sekitar.

  14. Membina suasana disiplin yang teratur tanpa perlunya membina peraturan ketat, keadaan tenang tanpa penindasan serta selesa untuk melaksanakan tugas sebagai pekerja dan pelajar.

Last modified on Thursday, 19 April 2018 10:11

JSN Epic Template designed by JoomlaShine.com