Iklan Sebutharga terkini

Iklan sebutharga dibuka. Klik disini untuk maklumat selanjutnya.

Sekilas Tentang KKTM Kemaman Featured

KKTM Kemaman dibina di atas keluasan tanah 56.3 ekar daripada jumlah keseluruhan tanah 80 ekar di Jalan Mak Lagam, Mukim Banggol, Kemaman, Terengganu. Kedudukan KKTM Kemaman amat strategik kerana berada di kawasan industri minyak dan gas. Ini kerana bidang pengajian yang ditawarkan di KKTM Kemaman adalah berkaitan dengan industri minyak dan gas.

KKTM Kemaman merupakan Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang ke 10 yang telah dibina oleh MARA dan telah mula beroperasi pada 27 Disember 2010. KKTM Kemaman dapat menampung seramai 1200 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Program yang ditawarkan adalah diploma teknologi kejuruteraan loji proses (Elektrikal, Mekanikal, Instrumentasi dan Kawalan, Perpaipan, Struktur Luar Pesisir).  Tempoh pengajian adalah 6 semester (3 tahun).

Last modified on Monday, 06 March 2017 09:00

JSN Epic Template designed by JoomlaShine.com